SABAK BERNAM BOOKFAIR BOOTH
CERDIK Publications is organizing a Book Fair in Sabak Bernam from 22nd - 30th June. To whoever who is interested to rent a booth during the fair, you may contact Pn. Intan at 012-5058305.

SELANGOR BOOK FAIR
Krew CERDIK akan berada di PESTA BUKU SELANGOR dari 24 Mei - 3 Jun 2013. Jumpa di sana ya!


Guru Pemangkin Perpaduan
Dua aspirasi jadi inspirasi ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia
Seremban: Sempena sambutan Hari Guru hari ini, golongan pendidik diminta terus berfungsi sebagai pemangkin utama perpaduan kaum di negara ini menerusi aktiviti dalam dan luar kelas.
Guru juga perlu meneruskan usaha murni menyemai persefahaman dan mempromosikan pergaulan sihat dalam kalangan pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu.
Perkukuh perpaduan
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata tugas guru secara tidak langsung menjadi pemangkin utama ke arah pengukuhan perpaduan kaum kerana generasi muda yang dididik hari ini adalah pewaris negara pada masa depan.
“Kebetulan ketika ini timbul sedikit isu perkauman, jadi kita mengambil kesempatan ini untuk menekankan supaya guru berkongsi kefahaman mengenai PPPM.
“Apabila guru faham mengenai agenda yang membabitkan aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi murid, mereka akan komited melaksanakannya.
“Hasilnya nanti, kita akan melahirkan murid yang cemerlang dalam semua aspek, termasuk akademik dan nilai murni dalam kehidupan, termasuk menerima perbezaan kaum,” katanya pada sidang media mengenai sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan yang akan disambut di sini, hari ini.
Beliau berkata, agenda PPPM 2013-2025 menjadi asas tema sambutan tahun ini iaitu ‘Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda’.
Dua aspirasi
Katanya, Guru Malaysia merujuk kepada semua guru di negara ini termasuk guru sekolah swasta dan sekolah agama serta tidak terhad kepada guru di bawah Kementerian Pelajaran.
Katanya, dua aspirasi dimaksudkan, iaitu aspirasi ke arah menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia yang memastikan akses kepada semua murid, kualiti antarabangsa, ekuiti atau kesaksamaan untuk semua murid, memupuk perpaduan dan pelaksanaan kecekapan tinggi.
Aspirasi murid pula bermakna guru bertanggungjawab melahirkan murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, memimpin, kemahiran dwibahasa, kerohanian tinggi, beretika serta mempunyai identiti nasional.
Abd Ghafar berkata, 1Agenda pula bermakna semua guru berpegang pada satu agenda, iaitu memastikan kejayaan PPPM, sekali gus melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
Beliau berkata, pelbagai sambutan dirancang bagi sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan ke-42 tahun ini dengan acara kemuncak diadakan di Stadium Tertutup Nilai dekat sini, malam ini.
Lebih 2,200 guru dari seluruh negara dijangka menghadiri majlis berkenaan.
Katanya, pada sambutan kali ini, Kementerian Pelajaran akan memberi pengiktirafan kepada lima guru istimewa dinamakan anugerah Ikon Guru yang baru diperkenalkan tahun ini.
Katanya, anugerah itu akan diberi kepada lima guru yang berjaya menaikkan imej kementerian serta negara dalam pelbagai bidang termasuk sukan, kesenian, pelajaran, kokurikulum, kepemimpinan serta kesukarelawanan.
Source : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurupemangkinperpaduan/Article/

Iktiraf Guru Dalam Perkhidmatan
Oleh Norizan Abdul MuhidBuat pertama kalinya sempena sambutan Hari Guru kali ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan hadiah penghargaan baru, Anugerah Ikon Guru bagi menghargai sumbangan guru yang masih berkhidmat dan menaikan imej kementerian di peringkat antarabangsa.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad berkata, penganugerahan itu berbeza dengan Tokoh Guru memandangkan anugerah itu hanya menghargai sumbangan guru yang sudah bersara daripada perkhidmatan.
Menurutnya, antara kriteria diperlukan bagi melayakkan guru menerima anugerah itu adalah menyumbang meningkatkan imej kementerian dalam pelbagai bidang pendidikan dan tiada had umur ditetapkan selagi guru masih dalam perkhidmatan.
"Ini merupakan salah satu usaha kementerian untuk menghargai jasa dan pengorbanan serta pencapaian guru di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
''Selama ini, sumbangan mereka seperti tidak dinampakkan dan usaha tersebut merupakan salah satu penghargaan kementerian untuk menghargai jasa guru yang masih berkhidmat dalam pelbagai bidang pendidikan,'' katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis Pra Pelancaran Hari Guru peringkat Kebangsaan ke-42 di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilanbaru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, Anugerah Ikon Guru khusus kepada guru yang masih berkhidmat dan paling utama, guru terbabit berjaya menaikkan imej perguruan.
"Kita mahu menghargai sumbangan guru kepada negara, misalnya, dia mewakili pasukan negara ke pertandingan sukan antarabangsa dan menang, tidak kira guru ini atlet atau pegawai.
"Paling penting, penyertaannya pada pertandingan itu berjaya menaikan imej negara dan kementerian dalam apa jua bidang,'' katanya.
Selain itu, katanya, kementerian juga mengiktiraf sumbangan guru dengan memberi beberapa anugerah khas lain seperti Anugerah Guru Cemerlang OKU, Guru Pendidikan Khas, Guru Inovatif dan Anugerah Pemimpin Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
"Dalam majlis penyampaian sambutan Hari Guru nanti akan disampaikan tiga anugerah tahunan iaitu Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta,'' katanya.
Sementara itu, Mazlan memberitahu, pelbagai program sambutan Hari Guru telah diatur bermula dengan majlis bacaan Yassin, tahlil dan solat hajat Hari Guru
Pada 14 Mei, acara sambutan Pameran Pendidikan dan Festival Hari Guru dengan kerjasama Kumpulan Utusan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.
Antara aktiviti lain termasuklah Dialog Saranan Pendidikan, acara senamrobik Hari Guru, forum pendidikan, majlis Sepetang bersama KSU dan KPPM dan Jamuan Makan Malam dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130513/pe_01/Iktiraf-guru-dalam-perkhidmatan#ixzz2TEvhhuEP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kuala Lumpur International Book Fair 2013
From 26th April to 4th May 2013, Cerdik Publications was proud to be one of the exhibitors during the Kuala Lumpur International Book Fair 2013 (KLIBF), which was held at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. KLIBF is a yearly event that is organised by the National Book Council of Malaysia (MBKM) and Ministry of Education Malaysia.
KLIBF is supported by Malaysian Book Publishers Association (MABOPA), Malaysian Book Exporter and Importer Association (MBEIA), Malaysian Bookseller’s Association (MBA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (IKATAN), and Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
This year’s slogan “Buku Menjana Kepintaran Kreatif” is in line with KLIBF’s main objective which is to continue its excellence in organising activities that are related to books. Reading should be encouraged in the society in order to produce a generation of knowledge.
Apart from book exhibitions, KLIBF also organised various activities at the PWTC main stage. The activities include writing workshop, book publication workshop, book launching as well as sessions with authors. During the fair, Cerdik Publications was given an opportunity to launch Teachers’ Gallery series, a children book series written by teachers in association with MBKM. The Teachers’ Gallery series was launched by Tuan Abd Wahab Ibrahim, Director of MBKM.
The launching of this series was accompanied by children’s reading performance. One of the books, “Maafkan Saya” was read by Afiq Darwish and another book, “Rama-Rama yang Sombong” was read by Nor Alya and her sister Nor Alysha. The performance had drawn the crowd towards the stage.
Overall, KLIBF had proved to be a successful event. The crowd turnout was very encouraging despite the heavy rain throughout the event.
Cerdik Publications is proud to be a part of this prestigious event. We hope to be part of the event again in the future. We would also like to thank all the visitors who had dropped by our booth. It was a pleasure serving all of you and hopefully you will continue to support us. We would also like to thank Tuan Abd Wahab Ibrahim for launching Teachers’ Gallery Series.
Cerdik Publications is looking forward for next year’s Kuala Lumpur International Book Fair.

Batu Kikir Book Fair 2013
Batu Kikir Book Fair 2013 was held last week from 13th – 17th of April 2013. It was held at Dewan Za’ba, SMK Batu Kikir. This special event was organised by Cerdik Publications together with SMK Batu Kikir. This Fair was held in Batu Kikir to enable students and parents from remote areas to get their hands on reference books and reading materials easily.
Cerdik Publications offered special discounts on selected books. Cerdik also offered past year book titles at as low as RM2. This was a major hit among the visitors who came during the Book Fair.
There are numerous activities that were held during the Book Fair. Among the highlights of the event was the 1Malaysia quiz which was opened to the public. The quiz certainly tested the public’s knowledge of our beloved country Malaysia.
Another interesting activity during the fair was a drawing workshop for children aged 7 and below. It was conducted by Malaysia’s renowned artist, Hasren Ismail, or better known as Uneh. This was an exciting event for the children as they were able to learn from the master of colour pencil himself.
Besides the numerous activities for childrens, there was also something in store for the general public. Zizan Nin, Malaysia’s very own celebrity, made a special appearance during the Fair. This certainly brought a spark to the event and made the crowd happy.
Apart from the appearance from Zizan Nin, the children were also happy as there was an appearance from Malaysia’s most celebrated animated series, BoboiBoy. This was a hit among the children as they got to take pictures and mingled with their favourite cartoon character.
As this was also an educational fair, there were also a special workshop on writing creative novels and short stories by Dr. Lim Swee Tin. Dr. Lim guided the participants on the techniques in writing effective and interesting novels and short stories. This was certainly beneficial for the participants.
Cikgu Sila, the teacher behind the famous blog, cikgusila.com, also conducted her own workshop. The workshop focused mainly on the Principal Account’s examination strategy. This was certainly beneficial for Form 4 students and SPM candidates as they were able to learn from Cikgu Sila, which main expertise is Principal Account subject.
Apart from Cerdik Publications, other publishers who took part in this Book Fair were Naina Corner (Upin & Ipin), Ezra Sander, Pustaka Vision, Grolier, Darul Syakir, Linguaphone, PTS Publications, MOY, My Kamus, Setia Wahyu, Pustaka Al-Munir, EZ Math and Besta.
Cerdik Publications would like to say a special thanks to Negeri Sembilan’s Education Director, Yang Bahagia Puan Hajah Kalsom Binti Khalid, who took time from her busy schedule to officiate the closing of Batu Kikir Book Fair 2013.
We also would like to thank SMK Batu Kikir for their cooperation to run this Book Fair, and other organisations who took part in this event, as well as the visitors who came to Batu Kikir Book Fair 2013. Hopefully this would be a yearly event for years to come.

Cerdik terbitkan buku rujukan terbaik
PELBAGAI buku latihan dan panduan peperiksaan mudah diperolehi di mana-mana kedai buku di pasaran sedia ada namun hakikatnya tidak semua yang berkualiti serta mampu memenuhi kehendak pelanggan khususnya pelajar.
Menyedari keperluan dan dalam usaha mengatasi kekurangan buku rujukan peperiksaan sedia ada, syarikat penerbitan Cerdik Publications Sdn. Bhd., memperkenalkan Siri Koleksi Kertas Percubaan Sekolah Berasrama Penuh(SBP).
Pengarah Urusan Cerdik Publications, Rozida Ismail berkata, ia dihasilkan dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan bermula tahun lalu.
Menurutnya, Cerdik Publications yang berusia 20 tahun merupakan satu-satunya syarikat penerbitan bumiputera yang memperolehi hak eksklusif menerbitkan buku tersebut.
Kata beliau, usaha pihaknya itu sekali gus menjadikan Cerdik Publications berbeza berbanding dengan syarikat penerbitan lain.
"Ini kerana, sebelum ini hak eksklusif menerbitkan kertas soalan percubaan PMR dan SPM hanya diberi kepada Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan.
"Setelah bekerjasama dengan pihak berkenaan maka Cerdik berpeluang menerbitkan buku soalan SBP seiring dengan hasrat kita menjadi peneraju pengeluar kertas peperiksaan di Malaysia" katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Kata beliau, buku Siri Koleksi Kertas Percubaan SBP yang dijual pada harga RM6.90 hingga RM17.90 mengikut ketebalan itu mengandungi set soalan semua mata pelajaran bermula tahun 2005 hingga 2012 serta terbahagi beberapa bahagian termasuk teknik menjawab soalan mengikut kehendak pemeriksa.
"Melalui usaha ini, pelajar yang bersekolah biasa berpeluang berkongsi maklumat mengenai soalan ramalan peperiksaan yang sebelum ini hanya diperolehi dalam kalangan pelajar atau guru SBP sahaja.
"Antara kelainan buku ini juga, kebiasaannya soalan peperiksaan SBP lebih sukar berbanding sekolah biasa maka jika pelajar sekolah biasa dapat menjawab dan menguasai soalan SBP maka pelajar itu tidak mempunyai masalah menjawab peperiksaan," katanya.
Pada masa yang sama, menurut Rozida, seiring dengan keperluan semasa, Cerdik Publications berhasrat melebarkan operasi pasaran ke luar negara khususnya di Asia Tenggara seiring dengan moto syarikat Learn The Smarter Way.
Katanya, dalam usaha memudahkan pelajar dan ibu bapa luar bandar mendapatkan kemudahan buku rujukan dan bahan bacaan, pihaknya dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir, Negeri Sembilan menganjurkan Pesta Buku di Batu Kikir bermula 13 hingga 17 April.
"Kita sengaja memilih lokasi pameran buku di kawasan luar bandar kerana kita mahu ibu bapa dan pelajar mudah mendapatkan buku rujukan dan bahan pembelajaran yang kebanyakannya hanya dijual di bandar besar," katanya sambil menambah penganjuran Pesta Buku Cerdik turut disertai syarikat penerbitan lain dan artis tempatan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130415/pe_02/Cerdik-terbitkan-buku-rujukan-terbaik#ixzz2QaxvhpGS
© Utusan Melayu (M) Bhd

MOE targets 500 cluster schools by 2015
PUTRAJAYA 5 April - Kementerian Pelajaran akan meningkatkan jumlah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) daripada 300 kepada 500 buah menjelang 2015.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, kini terdapat lebih daripada 500 sekolah yang telah dikenal pasti berpotensi untuk mendapat pengiktirafan tersebut.
Katanya, pihak kementerian mempunyai matlamat untuk meningkatkan bilangan SKK supaya dapat dijadikan penanda aras kepada sekolah lain.
"Sehingga kini sejumlah 213 sekolah telah dinobatkan sebagai SKK. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 SKK telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
"Pada hari ini, saya bersyukur 50 buah sekolah lagi mendapat pengiktirafan untuk SKK bagi fasa ketujuh," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pengiktirafan SKK fasa ketujuh di sini hari ini.
Pada majlis tersebut seramai 29 guru besar dan 21 pengetua menerima sijil pengiktirafan SKK serta wang insentif bernilai RM250,000.
Abd. Ghafar berkata, 50 sekolah yang mendapat pengiktirafan SKK itu terdiri daripada 29 sekolah rendah dan 21 sekolah menengah.
Katanya, menerusi SKK, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.
"Pengiktirafan tersebut juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dari dalam dan luar negara," katanya.
Antara sekolah rendah yang mendapat pengiktirafan SKK ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tebrau, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Ladang Rem, Johor; SK Kubang Kerian, Kelantan; SK Subang Jaya, Selangor; serta SK Agama Bintulu, Sarawak.
Sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, Johor; SMKA Kedah; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling Pulau Pinang dan SMKA Tok Jiring, Terengganu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130406/pe_01/Sasar-500-sekolah-kluster-menjelang-2015#ixzz2Q76cEkdJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

MABOPA 44th Annual General Meeting

Cerdik Publication's General Manager, Pn Rozida Ismail, standing 3rd from left, taking a group photo with MABOPA Executive Members.
KUALA LUMPUR- Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) kesal kerana Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) yang dikhaskan untuk penuntut institut pengajian tinggi kini disalahgunakan untuk mendapatkan barang bukan buku.
Lebih malang lagi apabila pemilik premis buku seolah-olah 'menghalalkan' perbuatan itu, yang secara langsung menjejaskan usaha kerajaan membangunkan masyarakat membaca khususnya di kalangan pelajar.
"Salah guna baucar yang ketara apabila pelajar bebas menukar baucar buku dengan bahan bukan buku termasuk pakaian, tudung, bahan makanan dan peralatan komputer.
"... malah secara terang-terangan berlaku dalam premis universiti awam, politeknik," kata Presiden Mabopa, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Kali ke-44 persatuan itu di sini, hari ini.
Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf berkata, pihaknya ada menghantar memorandum berkenaan isu tersebut kepada Kementerian Pengajian Tinggi agar diambil langkah penguatkuasaan bagi menangani masalah tersebut.
"Mabopa juga menyokong agar BB1M diteruskan untuk tahun-tahun akan datang, tetapi dengan pemantauan yang lebih berkesan," katanya.
Sehubungan itu, kata Hussamuddin, Mabopa menawarkan diri sebagai badan pemantau bagi membendung perkara itu daripada menular, sekali gus dapat merancakkan lagi budaya membaca di negara ini.
Dalam pada itu, Mabopa turut menyeru kerajaan memperuntukkan RM100 juta kepada setiap agensi yang membekalkan buku kepada pusat sumber.
"Industri buku akan lebih dinamik, bercambah dan dapat lahirkan tenaga sokongan profesional jika peruntukan secukupnya diberikan kepada agensi yang berperanan dalam galakan membaca termasuk Perpustakaan Negara Malaysia, Bahagian Bukut Teks dan Bahagian Teknologi Pendidikan," ulasnya.
Secara tidak langsung, kata beliau, langkah itu juga dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam menghasilkan satu judul baru bagi setiap 1,000 penduduk.
"Jika kita berhasrat untuk menghasilkan 30,000 judul baru dengan 30 juta penduduk, kerajaan perlu memberikan sokongan kepada industri buku," katanya.
Pada tahun 2008, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40 juta, namun ia menurun kepada RM5 juta tahun lalu.
Selain itu, Mabopa menggesa supaya kerajaan menambah dan diperbesarkan perpustakan desa sedia ada dari 1,000 kepada 2,000 dapat memberi impak kepada masyarakat di luar bandar.
Pada mesyuarat hari ini, Hussamuddin turut dipilih kekal sebagai Presiden Mabopa buat penggal kedua.
source : www.sinarharian.com.my

Cerdik Publications at Terengganu Book Fair 2013
Terengganu Book Fair 2013 was held on 28th February until 9th March 2013. It was held at Terengganu Convention Centre. The event was a success, giving a chance to book publishers and book dealers to connect with their customers.
It was also a special event for avid book lovers and book readers, as they enjoyed special discounts from numerous publishing companies. Cerdik Publications was very proud to be s part of this book fair.
Cerdik Publications offered variety of exercise books and reference books on special discounted prices. Cerdik Publications also offered past year books at special price of only RM2. It was definitely a hit among Terengganu people.
Terengganu Book Fair 2013 was also marked as a special event for Cerdik Publications as we also had the launching ceremony for one of our books, "I Love Akaun" by Cikgu Sila. It was launched by non other than Cikgu Sila herself. "I Love Akaun" promises to be a helpful book for Account students, as it will help them to truly understand the subject well along with its principles, as it involves Higher Order Thinking Skills or better known as HOTS. Overall, Terengganu Book Fair 2013 was an eventful affair for Cerdik Publications. We hope that this book fair will be an annual affair for Cerdik Publications to be part of.

Popular Warehouse Book Clearance, Viva Home Expo Hall 1&2, Viva Home Shopping Mall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur

Selangor Book Fair, SACC Mall, Shah Alam, Selangor

Karnival Ilmu @ MAMPU, Lobi Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Pesta Buku & Ilmu Taiping, Taiping Sentral, Perak

Sabak Bernam Bookfair 2013, Dewan Sri Bernam, Sg. Besar, Sabak Bernam, Selangor

Festival Pendidikan dan Pesta Buku Kluang, Dataran Tasik Putih, Kluang, Johor

Perlis Bookfair, Dewan Badminton MSN, Kangar, Perlis

Minggu Pusat Sumber, SMK Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur

Popular Bookfest @ Malaysia, KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur
Siri Klon Sebenar Kertas Peperiksaan UPSR is written especially for.........
Nota Padat Attack is written based on Curriculum Specifications Year.........
Nota Padat Attack is written based on Curriculum Specifications Year.........
Siri Klon Sebenar Kertas Peperiksaan UPSR SJK (C) is written.........
Siri Klon Sebenar Kertas Peperiksaan UPSR SJK (C) is written.........
A topical exercise comes with Bands, Descriptors and Evidens to......
A topical exercise comes with Bands, Descriptors and Evidens to......
A topical exercise comes with Bands, Descriptors and Evidens to......
A topical exercise comes with Bands, Descriptors and Evidens to......
A topical exercise comes with Bands, Descriptors and Evidens to......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
This is a must-have topical book written by highly experienced......
