|
Cerdik Publications Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 1990, kini merupakan salah sebuah penerbit buku yang aktif di Malaysia. Selain bergiat dalam penerbitan buku, Cerdik juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal buku-buku terbitan luar negara bagi agensi-agensi kerajaan. Selaras dengan perkembangan terkini, Cerdik juga menerbitkan produk multimedia yang bersifat akademik, separa akademik dan infotainmen. Produk terbitan Cerdik merangkumi julat yang luas: buku teks sekolah rendah dan menengah, buku rujukan, Kertas Soalan-Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR, PMR dan SPM, model kertas peperiksaan, buku kanak-kanak, buku rujukan institusi pengajian tinggi, buku agama, buku hobi dan kraftangan, buku terjemahan, set perpustakaan, novel, majalah, kit, dan buku-buku umum. Cerdik menerbitkan produk-produknya dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Arab dan bahasa Tamil. Salah satu hasrat kami ialah menerbitkan bahan bacaan yang dapat memenuhi kehendak pembaca, memberikan ilmu dan keseronokan pembacaan, di samping memenuhi tanggungjawab sosial iaitu membekalkan bahan-bahan bacaan berkualiti yang dapat membantu mencapai agenda dalam Dasar Buku Negara. Untuk itu, kami memastikan segala produk kami diterbitkan secara profesional dan berkualiti, terkini, menepati kehendak golongan sasar, dan dengan harga yang berpatutan. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, Reeza Abdul Rahman bersedia membantu
di reeza@cerdik.com.my |